Tuesday, December 13, 2016

Memang seronok kalau boleh dapat hasil yang cukup memuaskan hati.


Sotong laut.. memang aku suka buat lauk makan tak kira masa. Sotong sambal, sotong bakar, sotong goreng.. fuhh memang favorite menu aku lah. Tenggiri lak.. terbaik spesis ikan ni yang enak dimasak kari, kari ikan tenggiri memang sedap wehh.. Tengok sini Mat Gebu masak Tenggiri Ala India. Ada yang tak tau macam mana rupa ikan tenggiri?

Aku cerita ni sebab aku excited sangat nak turun laut pada 28hb ni insya Allah. Kami akan Ke Kuala Terengganu, family trip mencandat sotong.

Semalam satu trip pelanggan pakejcandatsotong dari Melaka, dorang ni sangat bernasib baik bila mendapat rezeki tak disangka.. jekpot! kata salah sorang peserta yang tak menyangka lansung boleh menaikkan seekor ikan tenggiri seberat 10kg hanya menggunakan koyan atau seret biasa bermata kail candat. Memang cukup puas hati dengan trip semalam katanya lagi. Hasil sotong candat pulak semalam dorang dapat hampir 30kg sotong. Huh.. memang rezeki dorang lah kali ni.

 Ikan Tenggiri seberat 10kg dinaikkan oleh team candat dari Melaka.

Hasil mencandat ; rezeki semalam hampir 30kg sotong

Memang seronok kalau boleh dapat  hasil yang cukup memuaskan hati..  trip kami nanti belum tau lagi macam mana.
Korang yg berminat boleh plan buat group #candatsotong , nanti boleh roger aku.. 

Info :
(Booking unntuk Trip 2017 sudah dibuka dengan harga sama @ Chendering Kuala Terengganu) klik


Dari nazlee.com > http://www.nazlee.com/2016/05/candat-sotong-dapat-tenggiri-rezeki.html

Monday, December 12, 2016

Pengalaman mencandat 2 hari 1 malam


Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 28 Mei 2016


Sebelum masuk bulan Ramadhan beberapa minggu lalu kami sekeluarga ada buat aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu, naik di jeti pelabuhan perikanan Chendering (LKIM) jam 5 petang lepas solat Asar. Kami ada 14 orang yang join mencandat ni semuanya tak ada pengalaman langsung mencandat dan mancing laut dalam kecuali abang Joe sorang saja yang kira lebih la sikit pengalamannya dari kami. Abg joe selalu gak turun join kaki pancing laut dalam, Baat pengalamnnya mancing kolam, maktok hebat mancing pantai, abg Zaini mancing pelantar minyak dan aku haha boleh la skil mancing berkarat dan urus trip-trip candat. Tapi kali ni semua yang 'berpengalaman' sepakat join family mencandat pulak. 


Dari KL kami gerak awal pagi, terus ke bilik sewa yang disediakan khas untuk pelanggan pakej mencandat sotong. Bilik-bilik sewa ini nampak keadaannya macam unit blok asrama. Kedudukannya dalam kawasan pelabuhan, dekat sangat dengan tempat nelayan-nelayan turun naikkan hasil tangkapan harian mereka. Blok kediaman adalah berasingan dari bangunan pasar.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Kemudahan lain seperti surau, tandas awam dan parking luas memang terbaik untuk pelanggan-pelanggan pakej mencandat yang menyewa di sini. Kos untuk satu bilik Rm120. Bilik berhawa dingin dengan 2 katil queen size serta 1 bilik mandi lengkap dengan tuala dan sabun mandi tersedia di dalam. Bilik sebesar ini cukup selesa untuk 4 orang dewasa.

Aku tiba jam 10 pagi, terus check-in. Kami belum sarapan dan semestinya nak rasa nasi dagang special kat Chendering. Ada Petua nak turun ke laut bagi orang yang pertama kali turun, kata orang jangan makan banyak makanan yang berminyak nanti perut meragam, tak selesa dan cepat rasa nak muntah. 

Sementara menunggu yang lain2 sampai dan check-in bilik masing masing, aku ajak mamaD dan maktok serta hanis makan tengahari awal sikit, boleh la makan nasi ayam dan rojak mee. Kat pekan Chendering ni banyak kedai makan, kira mudah la nak cari makanan. Makan awal boleh rehat rehat dalam bilik yang sejuk nyaman sambil tengok gelagat para nelayan di pelabuhan. Ya.. pemandangan dari koridor blok boleh nampak semua tu.. best sangat. 

Bot yang kitorang akan naik dah ready cuma menantikan masanya tiba petang nanti. Berkobar rasa hati, risau pun ada gak,  teruja amat pun ada bagi yang kali pertama.
Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu

Lepas solat zohor, tidur sekejap untuk recover bangun awal pagi tadi. Aku drive sorang2 dari KL memang terasa letihnya. Hanis dan maktok tidur lena di belakang cuma mamaD terkebil-kebil mata tetap setia menemani aku berborak di sepanjang perjalanan kami selama 4 ke 5 jam macam tu. 

Sebelum keluar bilik ke pelabuhan, telan pil mabuk dulu siap2, sejam sebelum naik bot kalau ikut kebiasaannya. Kami ikutkan saja pesanan orang lama. Pil mabuk memang disediakan dalam pakej mencandat ini.

Jam 4 lebih semua dah ready dengan peralatan mencandat dan memancing. Kami bawa makanan lebih, ada megi cup, kacang, roti dan air mineral. Kami tetap bawak juga walaupun dalam pakej mencandat ini ada disediakan makan malam. Biasalah, bukan nak mencandat sangat, dorang ni kebanyakkannya lebih kepada mahu menikmati angin laut dan suasana 'tingtong' mabuk laut.

Pakej mencandat yang kami sewa ini adalah bot untuk 15 orang penumpang. Tapi kami turun dengan 14 orang saja.. selesa lah sikit. Ada 3 orang lagi di dalamnya termasuk 1 tekong dan 2 pembantu.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Perjalanan dari jeti ke kawasan mencandat ambil masa dalam 1 jam lebih. Masa-masa begini sangat terbaik untuk menikmati pemandangan lautan luas, melayan alunan ombak dan deruman enjin bot. Rasa lain macam seronoknya sebab berbeza dari keadaan biasa. Beralun mengikut alunan ombak sesekali tempias dengan derisan air laut menyapa bahagian muka. Kelihatan ikan-ikan kecil berlumba-lumba dengan bot dan ada juga seolah ikan terbang. Ya memang ada spesis ikan boleh terbang, aku tak pasti pulak nama ikan itu.. Mungkin namanya ikan terbang sebab jarak terbang boleh sampai bermeter-meter jauhnya. Saiznya pula agak sebesar 2 ke 3 cm macam tu, teruja pulak aku tengok makhluk unik itu. 


Trip kali ni kakak nina tak ikut sama sebab kebetulan dia ada exam yang pastinya tak boleh dielakkan, kalau dia ada pun mungkin dia tak sekuat adik hanis dan mamaD. Risau nina akan semput tak boleh tahan kesejukan angin laut. Hanis bila kakanya tak ikut memang dia agak moody sikit. Tengoklah tu ..

Semua muka masing masing nampak steady lagi, keterujaan masih kuat di hati.

Selepas 1 jam berlalu, tekong bot mencari lokasi sesuai untuk melabuhkan sauh. Kelihatan pada masa sama terdapat banyak bot-bot lain juga turut berlabuh di perairan sekitar. Menurut tekong di sini adalah salah satu tempat pembiakan sotong yang dinamakan unjam. (info berkenaan : unjam)

Mabuk laut

Bila bot mula melabuhkan sauhnya, bot akan beralun mengikut rentak ombak, kekiri kekanan kekiri, kadang kuat kekadang perlahan dan mula lah perut berkocak, tekak terasa loya dan kepala pening. Susah jugak nak kawal keadaan sebegini terutamnya bagi yang pertama kali naik bot ke laut. 

Kalau dah mabuk pasti akan muntah. Habis cerita ! Tutup alat pancing masuk tidur la jawabnya. Situasi begini kebiasaannya akan melenyapkan semangat untuk meneruskan aktiviti melainkan tidur seketika untuk pulihkan mood. Jangan risau, kalau sewa pakej bot besar, dalam bot ada tempat tidur dan tandas juga disediakan. Korang yang mabuk laut terpaksalah layan tidur sampai ok semula. 2 lelaki dah terdampar sebelum mulakan candat lagi, ada 3 perempuan lagi dalam kabin juga layan tidur sampai pagi. "Suatu percutian sangat bermakna bagi mereka" .

Alhamdulillah, cuma 2, 3 orang saja yang mabuk dan selebihnya masih steady dan bersemangat. Aku rasa macam hairan jugak tengok mamaD, hanis dan maktok boleh bertahan tanpa rasa mabuk. Hebat lah depa ni 'kuat' .. boleh ajak lagi lain kali.

Teknik mencandat sotong

Tekong akan ajarkan cara-cara mencandat yang betul, ada yang gunakan rod pancing bermesin dan ada yang guna koyan atau serek mencandat. Kalau guna serek ni memang penat la sikit, guna kudrat tangan nak naikkan tali pancing.. huh memang meletihkan tapi best part bila umpan mengena sotong.. berat rasa di tangan. 
Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 18 Mei 2016

Makan malam disediakan oleh pembantu tekong, sekitar jam 8 malam dah mula perut berkeroncong. Masa tu tekong akan tanya nak sedia makanan waktu bila, ikut masa kita. Kalau sotong tak makan umpan maka pemancing kena makan lah, masa tu sebaiknya. Pembantu tekong akan memasak nasi serta lauk kari ikan. Dapur gas sememangnya ada tersedia, kalau nak masak megi atau nak masak sotong juga dibolehkan. Makan atas bot memang sedap dan berselera lagi lagi cuaca sejuk nak hujan.

Korang yang melanggan pakej janga risau balik tangan kosong, kalau tak dapat hasil sotong pembantu tekong boleh tolong tambah hasil dari candatan diorang. Konsep diorang memang tak akan bawak balik apa hasil yang dorang dapat dan semuanya diserahkan kepada pelanggan pakej. Memang untung sangat la kalau pembantu tekong cekap boleh la dapat banyak sotong.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Malam lebih kurang jam 12 pagi kami telah dilanda hujan ribut, angin kuat dan ombak makin tinggi. Dalam pakej memang ada sediakan jaket keselamatan untuk dipakai sepanjang masa di atas bot tapi kami semua tak pakai jaket sebab tekong dan pembantunya pun tak pakai jugak.. haha. Masa tu kami semua dah cuak tapi tekong cool saja, katanya ribut lalu tak lama 1 jam nanti akan reda balik macam biasa. Masa ni boleh la berimpit -impit di dalam kabin berlindung dari kena hujan dan kesejukan. Tengokalah tu.. haha Azabnya dalam masa sejam berlalu sudah semacam PATI pulak.

Betul jangkaan tekong, memang sejam seleps itu laut kembali tenang tapi sejuknya tetap sejuk tahap gigil sampai ke tulang dengan kesejukan angin malam lagi. Huh memang boleh kancing gigi dibuatnya.

Ini kira ambil pengalaman untuk pembaca lain. Buatlah persiapan lengakap sebaiknya, kalau perlua bawa baju sejuk dan baju hujan. Sebabnya 2 benda ini memang tak disediakan. Alah bisa tegal biasa, bagi tekong dan pemabantunya, mereka nampak steady je dengan baju nipis, kalau aku lah boleh kejang kesejukan.



Hasil candat boleh tahan jugak kami pada malam tu, kalau tak kena ribut lagi best. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat kembali ke jeti jam 7 pagi keesokan harinya. Trip mencandat sotong selama lebih 12 jam di lautan pada 28 Mei lalu telah menyimpan banyak kenangan manis walau ada sedikit keperitannya. 

Bila ditanya balik diorang ..nak buat trip lagi tak tahun depan? Haha.. yang mabuk memang 'taubat' tak nak ikut dah, tapi yang dapat sotong pasti nak lagi.. insya allah tahun depan ada lagi.

Booking/pertanyaan :
>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

(Booking untuk Trip 2017 sudah DIBUKA bermula @ Jeti Chendering Kuala Terengganu) 


Dari nazlee.com > Pengalaman mencandat 2 hari 1 malam

Friday, December 9, 2016

Pakej mencandat sotong bermula di Pelabuhan Chendering, Kuala Terengganu.


Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu


Mencandat sotong, pesta mencandat aotong

Trip mencandat sotong dijangkakan akan mendapatan sambutan hebat untuk trip tahun 2017, ini adalah kerana semakin ramai orang sudah tahu aktiviti mencandat boleh disertai dari kalangan bukan ahli 'kaki pancing' sahaja. Ini juga berikutan siaran dokumetari Pesta Mencandat Sotong yang telah bersiaran dalam slot Majalah3 TV3 pada bulan Julai lepas. Pakej mencandat sotong yang kami tawarkan juga mendapat tempiasnya berikutan keterujaan penonton melihat aksi peserta dan juga hasil candat yang dibawa balik lumayan!

Musim mencandat tahun ini sudah menghampiri penghujungnya (akhir September). Berikutan itu ramai pelanggan pakej merancang untuk turun pada musim akan datang. Musim mencandat bermula pada hujung bulan Mac sehingga September setiap tahun.

Paling banyak kami menerima tempahan peserta mencandat dan memancing adalah sekitar bulan May dan cuti umum. Untuk trip bulan May 2017 (cuti minggu dan cuti umum), sekarang ini tempahan tarikh sudah mulai penuh terutamanya untuk bot-bot bersaiz besar (15 peserta). Untuk saiz bot biasa masih terdapat kekosongan lagi.

Pakej mencandat sotong
Pakej mencandat sotong

Pakej mencandat sotong kendalian kami bermula di Pelabuhan Chendering, Kuala Terengganu. Di sini boleh menempah pelbagai pakej mencandat mengikut saiz bot. Disediakan juga kawasan meletak kenderaan dan kemudahan lain termasuk rumah/bilik persinggahan bagi peserta yang datang dari luar Terengganu.

Jika anda ingin menikmati suasana dan pengalaman menarik mencandat sotong bersama ahli keluarga, bersama rakan sekerja, bersama group/ persatuan. Segeralah hubungi kami untuk aturkan aktiviti mencadat sotong. Untuk makluman anda, musim mencandat akan bermula pada bulan Mac sehingga bulan September. Tempahan untuk 2017 sudah dibuka. Untuk membuat tempahan pakej, boleh lihat senarai harga di sini.

Saban tahun, pihak perlancongan negeri Terengganu akan mengadakan acara  rasmi tahunan mereka iaitu Pesta Mencandat Sotong. Kebiasaanya negeri ini akan dibanjiri orang ramai dari pelancung dalam dan luar termasuk pelancong warga asing yang ingin merasai pengalaman mencandat sotong. Selain mencandat boleh juga disulami dengan memancing ikan. 

Tidak hairan, sambutan hangat trip pakej mencandat sotong Kuala Terengganu menjadi pilihan kerana hasilnya selalu tidak menghampakan dan suatu pengalaman menyeronokkan. Jika dahulu peserta hanya terdiri dari kaum lelaki sahaja namun sejak kebelakangan ini kaum wanita juga tidak mahu lepaskan peluang.


Nazlee Dot Com Resources 
017 400 9726

Dari nazlee.com > Pelabuhan Chendering LKIM

Tuesday, December 6, 2016

Cerita sotong mambang


Pagi ni awal aku ke pasar besar Banting, sebelum 7 pagi dah sampai .. rajinnya? Haha... tak jugak, ini pun kebetulan aku hantar Hanis sekolah pagi dia ambil exam pt3 hari pertama. Awal dia ke sekolah dengan semangat! doakan kejayaan untuk Hanis Umairah semoga dipermudahkan urusan.

Okay, cerita pasal sotong. Aku suka sotong, hanis pun penggemar masakan sotong. Semua family aku suka makan sotong tapi alhamdulillah takde yang nampak fizikal gemalai macam sotong tu. Tanya hanis nak makan apa nanti mama masak? Sotong!  jawab hanis.. itu lah aku kona pi pasar awal pagi ni. Sempat je sebelum masuk kerja tadi.

Hajat hati nak cari sotong katak, sebab isi dia kenyal sikit dari sotong biasa.. memang sedap buat sambal cili. Kalau letak petai owhh mak aii lagi bertambah-tambah sedapnya. Tanya punya tanya pada orang jual, ramai kata susah la nak dapat sotong katak, walaupun jarang didapati tapi harganya agak murah sikit sebab jenis sotong ini bukan antara sotong pilihan ramai. 

Ada satu tempat ni, jual sotong macam yang aku nak tu. Tanya penjual tu, dia cakap ini sotong mabang bukan sotong katak. Haha.. dalam hati aku, siaplah harga mesti mahal sebab aku memang sudah tau Sotong Mabang adalah jenis sotong paling sedap dan menjadi idaman pencandat sotong di Kuala Terengganu. Ini bagusnya aku dapat pengalaman ketika bercampur dengan kaki candat sotong dan mengendalikan pakej candat sotong ketika ini. Pencandat memang target sotong mabang setiap kali musim mencandat sotong tiba. Sotong mabang adalah menduduki rangking teratas selepas sotong torak yang sering ada dipasaran. Rasa sotong biasa pun teramat sedap ini kan pula sotong mabang... huh camana  nak gambarkan kesedapannya. Terbayang masakan sotong yang digubah cantik oleh mamaD suatu masa dulu...  aku tunjukkan gambarnya..

Cari sotong katak jumpa sotong mabang. Ini yang dinamakan rezeki nak sedap dapat lagi yang sedap! Alhamdulillah. Kalau korang nak tengok apa dia perbezaan dua jenis makhluk ini pegi sini.. banyak info berkenaan boleh dapat. aku pun selalu refer blog Sotonglaut sebagai panduan.
sotong mabang paling sedap

Sotong katak dan sotong mabang kalau dilihat sekali lalu memang seakan sama, tetapi tetap ada perbezaannya. Fizikal sotong katak lebih kecil dan mempunyai tulang putih (kalsium) manakala sotong mabang ada kalanya  bersaiz besar dan tulangnya lutsinar macam plastik.

Untung orang pantai timur, Terengganu khususnya. Kat sana harga sotong sangat murah. Aku sempat tanyakan kawan aku di sana harga semasa untuk sotong mabang.. harga biasa Rm12 sekilogram berbanding Rm22 sekilogram di Banting. Harga boleh tahan la kan untuk menu sedap tengahari ni .

Musim sotong tahun depan start hujung bulan Mac 2017, kiranya dah boleh booking siap-siap sebelum kehabisan tempat. Korang yang berminat boleh kunjungi web blog ini untuk rujukan harga dan pakej.

Harga Pakej Candat Sotong 2017 > Klik

Nak tunjuk gambar masakan sotong mabang oleh mamaD pagi ni dah tak sempat, belum tau mamaD nak buat masak apa lagi.. aku dah masuk kerja, nanti insyaAllah aku kongsikan lagi di lain entri.. yang pasti mamaD tak letak petai dan sambal cili pedas sebab dalam berapa hari lepas asyik sakit perut jer.. 


dari blog nazlee.com > Sotong Mambang Sotong Paling sedap !


Wednesday, October 12, 2016

Pakej Memancing Laut Dalam dan Pelantar Minyak Perairan Terengganu


Kini, blog ini bukan sekadar info mencandat sotong sahaja tetapi terdapat juga permintaan dari mereka yang pernah melanggan pakej kami mahukan Pakej memancing  laut dalam dan Pelantar Minyak @ boreng . Kaki pancing yang sudah biasa dengan hasil pancingan mahu upgrade skill masing-masing, maka pakej memancing lebih jauh ke tengah lautan menjadi pilihan. Walaupun rata-rata dari mereka masih amatur namun hasrat dan kemampuan dari segi kewangan tidak membantutkan  minat masing-masing.

Tak hairan lah pakej memancing lautan dan pakej mencandat sotong semakin mendapat perhatian dari hari ke hari. Apa yang kita boleh bantu adalah menyediakan kemudahan untuk mereka #kakipancing.


Pakej memancing laut dalam


Pakej memancing laut dalam
(Perairan Terengganu)
A) 12 jam
B) 24 jam
C) Pelantar Minyak (Boreng)

A) Untuk  tempoh 12 jam dan harga pakej :
1) Bot 6 org Rm 800/bot
2) Bot 8 org Rm 1200/bot
3) Bot 10 org Rm 1350/bot
4) Bot 12 org Rm 1500/bot
5) Bot 15 org Rm 1750/bot

B) Untuk tempoh 24 jam dan harga pakej :
1) Bot 6 org Rm 1600/bot
2) Bot 8 org Rm 2400/bot
3) Bot 10 org Rm 2700/bot
4) Bot 12 org Rm 3000/bot
5) Bot 15 org Rm 3500/bot

Kemudahan bot termasuk:
Makan minum
Jaket keselamatan
Umpan
Air batu

Kemudahan tidak termasuk:
Peralatan memancing


Pakej memancing pelantar minyak @ Boreng


gambar hiasan
dari sini : http://fahizhussin.blogspot.my/2009/03/boring-pelantar-iol-rig.html
C) Memancing di plantar minyak ( boreng ) / oil rig

1) Tempoh masa 3 hari 2 malam dan harga pakej :
i) Bot 10 org Rm6000/bot
ii)Bot 15 org Rm7500/bot

2) Tempoh masa 4 hari 3 malam
i) Bot 10 org Rm7000/bot
ii)Bot 15 org Rm8000/bot

Yang disediakan:
Homestay
Makan minum atas bot
Jaket keselamatan
Gps bot
Air batu
Umpan
Homstay
Parking kenderaan percuma

Kemudahan tidak termasuk:
Peralatan memancing

Gambar bot 10 orang yang akan membawa peserta; naik bot di Jeti Chendering K. Terengganu

memancing pelantar minyak



Gambar bot 15 orang yang akan membawa peserta; naik bot di Jeti Chendering K. Terengganu

memancing pelantar minyak


Admin sekadar menemukan anda kaki pancing dengan tekong-tekong bot berkenaan.  Jika berminat dengan harga pakej di atas boleh berhubung terus nombor (Tel / Whatsapp : 017-4009726)



Thursday, October 6, 2016

Jadual pasang surut air laut dan masa sesuai mencandat sotong


Ramai yang bertanya bagaimana nak meramal air pasang dan surut, keadaan angin dan cuaca di perairan laut. Keadaan ini sangat penting bagi kaki pancing. Admin dapat sumber melalui seorang sahabat yang selalu melayari pautan ini : http://www.tides4fishing.com/as/malaysia/kuala-terengganu



Jadual pasang surut air laut 



Semoga berguna kepada mereka yang ingin memancing dan mencandat di lautan. Infomasi dari mereka yang berpengalaman, selalunya mereka akan merujuk kepada kaledar bulan Islam (hijrah) untuk menetukan keadaan pasang dan surut air laut. Untuk makluman pencandat sotong terutamanya .

Masa sesuai mencandat sotong 




Masa yang paling sesuai untuk mencandat ialah pada 13 hingga 18 bulan Islam setiap bulan. Sotong dikatakan sangat aktif menyambar candat terutamanya candat jenis "twist" dan "candat mayat". Pada bulan mengambang sotong memang suka bermain-main dengan cahaya terang. Pada tahun ini kedatangan sotong diramalkan awal sebulan iaitu pada Mac berbanding bulan April pada tahun sebelumnya.

Boleh buat tempahan pakej sekiranya berminat mencandat sotong :

Monday, October 3, 2016

Candat Sotong - Majalah3 TV3 di Marang dan Chendering

Semenjak tersianya dokumentari berkenaan aktiviti mencandat sotong di TV3 melalui rancanga Majalah 3 , pihak kami telah banyak mendapat tempiasnya melalui langganan bot-bot pakej mencadat sotong.

Ternyata mereka sangat tertarik untuk mendapatkan khidmat bot candat sotong. Kebetulan juga musim mencadat masih berlangsung. Kebanyakan peserta terdiri dari mereka yang bekerja di luar negeri Terengganu.


Bagi mereka yang berkeinginan untuk turut serta, untuk trip tahun 2017 harga pakej yang ditawarkan masih sama. Tiada penigkatan kos malahan kami akan meberikan perkhidmatan sebaik mungkin. 

Di bawah ini, hanya untuk makluman kepada pembaca., ini adalah sebahagian dari senarai nama-nama peserta yang telah menggunakan pakej mencandat sotong pada tahun 2016.


Kami mengalu-alukan tempahan bot dibuat setelah dibuat perancangan awal dari segi bilangan ahli grup dan kesepakatan dengan tarikh yang ditetapkan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan admin. insya Allah kami sedia membantu untuk informasi berkenaan pakej mencandat sotong.

Harga Pakej Candat Sotong 2017 > Klik



.

Thursday, September 29, 2016

Tak pernah turun laut pun boleh pandai mencandat sotong !


Ini adalah suatu cabaran untuk anda yang tidak pernah ke laut tetapi ada keinginan mahu mencandat sotong. Dalam video yang dirakam oleh krew JURNAL BERNAMA berbagai ragam dapat disaksikan.

Jangan lepaskan peluang ini sekali setahun kalau boleh ajaklah keluarga bersama dan jadikan aktiviti tahunan keluarga anda bersama pesta mencandat sotong di Terengganu.

Musim mencandat sotong


Untuk makluman anda.. musim mencandat sotong adalah bermula dari bulan Mac sehingga bulan Julai setiap tahun. Tetapi jika cuaca dan tiada halangan aktiviti mencandat akan berterusan sehingga hujung bulan Oktober.


Video ini adalah penyuntik semangat kepada yang masih lagi teragak-agak untuk turun mencandat. Wanita juga sudah semakin ramai meminati aktiviti mencandat sotong. Tak pernah turun laut pun boleh pandai mencandat sotong ! Kenapa nak segan. Hubungi saya untuk keterangan lanjut berkenaan Pakej Mencandat Sotong Kuala Terengganu.



.