Tuesday, December 6, 2016

Cerita sotong mambang


Pagi ni awal aku ke pasar besar Banting, sebelum 7 pagi dah sampai .. rajinnya? Haha... tak jugak, ini pun kebetulan aku hantar Hanis sekolah pagi dia ambil exam pt3 hari pertama. Awal dia ke sekolah dengan semangat! doakan kejayaan untuk Hanis Umairah semoga dipermudahkan urusan.

Okay, cerita pasal sotong. Aku suka sotong, hanis pun penggemar masakan sotong. Semua family aku suka makan sotong tapi alhamdulillah takde yang nampak fizikal gemalai macam sotong tu. Tanya hanis nak makan apa nanti mama masak? Sotong!  jawab hanis.. itu lah aku kona pi pasar awal pagi ni. Sempat je sebelum masuk kerja tadi.

Hajat hati nak cari sotong katak, sebab isi dia kenyal sikit dari sotong biasa.. memang sedap buat sambal cili. Kalau letak petai owhh mak aii lagi bertambah-tambah sedapnya. Tanya punya tanya pada orang jual, ramai kata susah la nak dapat sotong katak, walaupun jarang didapati tapi harganya agak murah sikit sebab jenis sotong ini bukan antara sotong pilihan ramai. 

Ada satu tempat ni, jual sotong macam yang aku nak tu. Tanya penjual tu, dia cakap ini sotong mabang bukan sotong katak. Haha.. dalam hati aku, siaplah harga mesti mahal sebab aku memang sudah tau Sotong Mabang adalah jenis sotong paling sedap dan menjadi idaman pencandat sotong di Kuala Terengganu. Ini bagusnya aku dapat pengalaman ketika bercampur dengan kaki candat sotong dan mengendalikan pakej candat sotong ketika ini. Pencandat memang target sotong mabang setiap kali musim mencandat sotong tiba. Sotong mabang adalah menduduki rangking teratas selepas sotong torak yang sering ada dipasaran. Rasa sotong biasa pun teramat sedap ini kan pula sotong mabang... huh camana  nak gambarkan kesedapannya. Terbayang masakan sotong yang digubah cantik oleh mamaD suatu masa dulu...  aku tunjukkan gambarnya..

Cari sotong katak jumpa sotong mabang. Ini yang dinamakan rezeki nak sedap dapat lagi yang sedap! Alhamdulillah. Kalau korang nak tengok apa dia perbezaan dua jenis makhluk ini pegi sini.. banyak info berkenaan boleh dapat. aku pun selalu refer blog Sotonglaut sebagai panduan.
sotong mabang paling sedap

Sotong katak dan sotong mabang kalau dilihat sekali lalu memang seakan sama, tetapi tetap ada perbezaannya. Fizikal sotong katak lebih kecil dan mempunyai tulang putih (kalsium) manakala sotong mabang ada kalanya  bersaiz besar dan tulangnya lutsinar macam plastik.

Untung orang pantai timur, Terengganu khususnya. Kat sana harga sotong sangat murah. Aku sempat tanyakan kawan aku di sana harga semasa untuk sotong mabang.. harga biasa Rm12 sekilogram berbanding Rm22 sekilogram di Banting. Harga boleh tahan la kan untuk menu sedap tengahari ni .

Musim sotong tahun depan start hujung bulan Mac 2017, kiranya dah boleh booking siap-siap sebelum kehabisan tempat. Korang yang berminat boleh kunjungi web blog ini untuk rujukan harga dan pakej.

Harga Pakej Candat Sotong 2017 > Klik

Nak tunjuk gambar masakan sotong mabang oleh mamaD pagi ni dah tak sempat, belum tau mamaD nak buat masak apa lagi.. aku dah masuk kerja, nanti insyaAllah aku kongsikan lagi di lain entri.. yang pasti mamaD tak letak petai dan sambal cili pedas sebab dalam berapa hari lepas asyik sakit perut jer.. 


dari blog nazlee.com > Sotong Mambang Sotong Paling sedap !


No comments:

Post a Comment