Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu
Trip mencandat sotong dijangkakan akan mendapatan sambutan hebat untuk trip tahun 2017, ini adalah kerana semakin ramai orang sudah tahu aktiviti mencandat boleh disertai dari kalangan bukan ahli 'kaki pancing' sahaja. Ini juga berikutan siaran dokumetari Pesta Mencandat Sotong yang telah bersiaran dalam slot Majalah3 TV3 pada bulan Julai lepas. Pakej mencandat sotong yang kami tawarkan juga mendapat tempiasnya berikutan keterujaan penonton melihat aksi peserta dan juga hasil candat yang dibawa balik lumayan!
Musim mencandat tahun ini sudah menghampiri penghujungnya (akhir September). Berikutan itu ramai pelanggan pakej merancang untuk turun pada musim akan datang. Musim mencandat bermula pada hujung bulan Mac sehingga September setiap tahun.
Paling banyak kami menerima tempahan peserta mencandat dan memancing adalah sekitar bulan May dan cuti umum. Untuk trip bulan May 2017 (cuti minggu dan cuti umum), sekarang ini tempahan tarikh sudah mulai penuh terutamanya untuk bot-bot bersaiz besar (15 peserta). Untuk saiz bot biasa masih terdapat kekosongan lagi.
Pakej mencandat sotong kendalian kami bermula di Pelabuhan Chendering, Kuala Terengganu. Di sini boleh menempah pelbagai pakej mencandat mengikut saiz bot. Disediakan juga kawasan meletak kenderaan dan kemudahan lain termasuk rumah/bilik persinggahan bagi peserta yang datang dari luar Terengganu.
Jika anda ingin menikmati suasana dan pengalaman menarik mencandat sotong bersama ahli keluarga, bersama rakan sekerja, bersama group/ persatuan. Segeralah hubungi kami untuk aturkan aktiviti mencadat sotong. Untuk makluman anda, musim mencandat akan bermula pada bulan Mac sehingga bulan September. Tempahan untuk 2017 sudah dibuka. Untuk membuat tempahan pakej, boleh lihat senarai harga di sini.
Saban tahun, pihak perlancongan negeri Terengganu akan mengadakan acara rasmi tahunan mereka iaitu Pesta Mencandat Sotong. Kebiasaanya negeri ini akan dibanjiri orang ramai dari pelancung dalam dan luar termasuk pelancong warga asing yang ingin merasai pengalaman mencandat sotong. Selain mencandat boleh juga disulami dengan memancing ikan.
Tidak hairan, sambutan hangat trip pakej mencandat sotong Kuala Terengganu menjadi pilihan kerana hasilnya selalu tidak menghampakan dan suatu pengalaman menyeronokkan. Jika dahulu peserta hanya terdiri dari kaum lelaki sahaja namun sejak kebelakangan ini kaum wanita juga tidak mahu lepaskan peluang.
Nazlee Dot Com Resources
017 400 9726
Dari nazlee.com > Pelabuhan Chendering LKIM
No comments:
Post a Comment