Ramai yang bertanya bagaimana nak meramal air pasang dan surut, keadaan angin dan cuaca di perairan laut. Keadaan ini sangat penting bagi kaki pancing. Admin dapat sumber melalui seorang sahabat yang selalu melayari pautan ini : http://www.tides4fishing.com/as/malaysia/kuala-terengganu
Jadual pasang surut air laut
Semoga berguna kepada mereka yang ingin memancing dan mencandat di lautan. Infomasi dari mereka yang berpengalaman, selalunya mereka akan merujuk kepada kaledar bulan Islam (hijrah) untuk menetukan keadaan pasang dan surut air laut. Untuk makluman pencandat sotong terutamanya .
Masa sesuai mencandat sotong
Masa yang paling sesuai untuk mencandat ialah pada 13 hingga 18 bulan Islam setiap bulan. Sotong dikatakan sangat aktif menyambar candat terutamanya candat jenis "twist" dan "candat mayat". Pada bulan mengambang sotong memang suka bermain-main dengan cahaya terang. Pada tahun ini kedatangan sotong diramalkan awal sebulan iaitu pada Mac berbanding bulan April pada tahun sebelumnya.
Boleh buat tempahan pakej sekiranya berminat mencandat sotong :
Boleh buat tempahan pakej sekiranya berminat mencandat sotong :