Thursday, March 9, 2017

Cara-cara Mengatasi, Merawat dan Petua Mabuk Laut

Cara-cara Mengatasi, Merawat dan Petua Mabuk Laut 


Admin DeComplot bukanlah Nelayan sebenar, sekadar berminat dan hobi dekat dengan laut. Ada sebahagian orang sangat berminat dengan aktiviti memancing tetapi dia 'kalah' dengan mabuk laut. Sedikit sebanyak membantutkan minat memancing di tengah lautan dalam. Di sini admin menjadikan perkongsian ini untuk semua pembaca memanfaatkan bila masa perlu. Terima kasih kepada penulis asal. Semoga ianya berguna. Elakkan Mabuk Laut macam ni..


Kalau dah jadi macam dalam gambar atas ni. Apa pun tak boleh!. Okay, kita teruskan dengan cara-cara mengatasi ;

1 - Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)

2 - Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.

3 - Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.

4 - Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.

5 - Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.

6 - Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.

7 - Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.

8 - Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.

9 - Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.

Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk


Biasanya Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh Membantu:-

1 - Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.

2 - Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak  Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.

3 - Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan

4 - Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.

5 - Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.

6 - Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.

Petua yang boleh diamalkan

(Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)


1 - Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

2 - Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

3 - Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

3 - OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

4 - Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

5 - Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.

6 - Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

7 - Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

8 - Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA

Wednesday, March 8, 2017

Pre Order Tshirt Candat Sotong 2017 Siri Kedua


Alhamdulillah, Sambutan yang sangat menggalakkan untuk sesi pertama Pre Order T-shirt candat sotong. Untuk siri yang ke dua ini, pelancaran T-Shirt berlengan panjang SJT (Squid Jiggers Team) sebagai memenuhi permintaan pelanggan juga.. Gambar seperti di bawah, material dari cotton 100 % . 


Pre Order T-shirt kembali untuk siri ke-2



Warna : Pink,  Aqua Turqoise, Black Ink, Orange &  Dark Grey



DeComplot  baru sahaja diperkenalkan melalui Instgaram @decomplot dan website belognya iaitu www.decomplot.com. Kedua-dua medium ini adalah khusus untuk Pakej Candat Sotong & Pakej Memancing Laut Dalam.

Bersempena pengenalan web blog dan instgram DeComplot ini, Pengendali pakej, NazleeDotCom Resources telah melancarkan Baju-T berlengan panjang dan dibuka untuk tempahan kepada semua pelanggan pakej dan juga para pembaca di sini.

www.decomplot.com
"DeComplot Candat Team" GREY (sahaja)

Jika anda berminat dengan T'shirt tersebut, tempahan dibuka mulai dari sekarang  hingga 31 Mac 2017 

*update  - Sila buat tempahan minimum qty  5 helai atau lebih

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 
Kuantiti :

Tshirt berlengan pendek dan panjang dari "Squid Jiggers Team". Kami menyokong kempen bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017 "Visit Beautiful Terengganu Malaysia 2017" . Tempahan Tshirt ini juga dibuka kepada umum. "Squid Jiggers Team" menampilkan tshirt berlengan pendek dengan 6 warna pilihan :

Decomplot
 "Squid Jiggers Team" BLUE
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREY
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREEN
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" RED
DeComplote
 "Squid Jiggers Team" BLACK
DeComplot
"Squid Jiggers Team" WHITE



Senarai Harga keseluruhan :

1) Lengan Pendek : RM25.00 (Squid Jiggers Team)

2) Lengan Panjang : RM30.00 (Squid Jiggers Team)

dan,
3) Lengan Panjang : RM30.00 (DeComplot Candat Team)

3) Harga Tshirt tidak termasuk Caj penghantaran Poslaju : RM10.00 SM, RM13.00 SS

Kesemua design menampilkan material jenis cotton 100%. Tshirt dijamin selesa dan tidak panas semasa digayakan.



Jika anda berminat dengan T'shirt tersebut, tempahan dibuka mulai dari sekarang  hingga 31 Mac 2017 

*update  - Sila buat tempahan minimum qty  5 helai atau lebih

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 

Kuantiti :


Terima kasih .