Tuesday, October 9, 2018

Mencandat Sotong


MUSIM ATAU MASA YANG SESUAI MENCANDAT SOTONG

Pada akhir Mac hingga Julai setiap tahun, ialah musim yang paling sesuai untuk mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Pada lumrahnya, sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan tersebut kelihatan bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran cahaya lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Ada juga kebanyakan pengusaha perkhidmatan bot candat menggunakan lampu limpah berkuasa tinggi untuk menarik perhatian sotong-sotong. 

Istilah "Kandang Sotong"

Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila waktu subuh. Hasil candat akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur iaitu tempat di mana berjuta-juta sotong akan berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan sesame sendiri. Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Kaedah mencandat menggunakan mata candat twist di kawasan kandang sotong ini adalah yang paling efektif sekali iaitu dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong terkait pada candat. 

Saiz Sotong Candat

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Mencandat di waktu bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya. 

Kaedah Mencandat Sotong

Pencandat yang berpengalaman biasanya akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Kaedah ini dinamakan "apolo". Tali candat akan di lepas ke dasar laut dan sesekali dihejut-henjut supaya mata candat kelihatan seolah-olah hidup di dalam air.dan menjadi daya penarik untuk sotong pemangsa. Jika sudah bertemu rentaknya, kerja mencandat semakin mudah. Lazimnya hasil tangkapan setiap seorang pencandat mampu memperolehi tidak kurang dari 50 kilogram dan pernah capai 100 hingga 300 kilogram sotong semalaman jika terjumpa dan mencandat di kandang sotong.

Jenis Sotong Candat

1. Sotong Torak
Sotong Torak banyak ditemui di kawasan Pantai Timur semenanjung dan menjadi sotong buruan utama pencandat tatkala tiba musim mencandat sotong. Sotong torak mempunyai badan dan sesungut yang panjang. Sotong torak boleh membesar sehingga saiz melebihi panjang satu hasta orang dewasa. Lubuk carian utama pencandat sotong ini ialah "Kandang Sotong' . Sotong Torak mudah tertarik pada cahaya lampu yang terang dan boleh dicandat menggunakan pelbagai jenis candat termasuk candat udang, twist dan candat umpan.

2. Sotong Jarum
Sotong jarum atau juga digelar sotong cumit hampir menyerupai sotong torak di mana mempunyai bentuk badan yang memanjang namun biasanya saiz sotong jarum lebih kecil berbanding sotong torak. Selain itu, warna merah pada kulit di badan sotong jarum lebih jelas. Sotong ini bergerak di kalangan sotong torak dan ketika musim mencandat biasanya hasil candat diselang-selikan dengan sotong jarum. Sotong jarum juga kadangkala gemar berlegar di kawasan hampir dengan pantai.

3. Sotong Mengabang
Sotong mengabang atau sotong ngabang mempunyai bentuk badan yang agak pendek dan lebar. Sotong ini boleh ditemui di kawasan pantai, pantai berbatu dan sekitar pulau yang mempunyai struktur batu karang. Sotong mengabang boleh dicandat dari tebing atau kelong dan dikatakan juga mempunyai rasa yang sedap. Biasanya sotong ini aktif ketika waktu petang dan malam lebih-lebih lagi sewaktu bulan terang. Keadaan arus juga mempengaruhi kehadiran sotong ini. Biasanya penggunaan candat udang sangat berkesan untuk menjinakkan sang mengabang. Anak ngabang juga antara umpan killer untuk memancing

No comments:

Post a Comment